Latar Belakang RAINI Travel

Rainitravel.com adalah sebuah agensi berdaftar yang beroperasi di Seksyen 22, Shah Alam, khusus dalam mengendalikan pakej-pakej percutian berkumpulan domestik  dan luar luar negara, selain menawarkan pakej-pakej individu dan keluarga ke pulau-pulau Malaysia. Syarikat yang berteraskan ukhwah dan persahabatan ini adalah sepenuhnya hak milik Bumiputera.

Individu yang menjadi nadi kepada Raini Travel & Tours Sdn Bhd ini memulakan operasi sulungnya sebagai agensi pelancongan pada tahun 2011 di bawah nama NMZ Travel Agency di Johor Bahru. Atas kepercayaan dan sokongan pelanggan-pelanggan saban tahun, team NMZ Travel Agency melebarkan sayap organisasi ke Shah Alam sebagai Oh Jalan Travel Agency, yang menjadi pemangkin kepada penubuhan Raini Travel & Tours Sdn Bhd sebagai salah sebuah organisasi perkhidmatan pelancongan pilihan.

Bertepatan dengan misi syarikat yang ingin menyediakan perkhidmatan pelancongan berkualiti dan mampu-beli kepada pelbagai latar belakang pelanggan, kami sangat prihatin dan selektif dalam merancang dan menyelaras pakej-pakej percutian kami. Kami sentiasa memastikan agar nilai yang dikeluarkan oleh pelanggan menepati dengan apa yang perolehi, rasai dan alami sepanjang bercuti dengan Raini Travel & Tours.

Team RAINI Travel

Ainyy Zain

Ainyy Zain

Pengurus Pemasaran
Zulfadli Husaini

Zulfadli Husaini

Pengurus Operasi
Irwan Khalil

Irwan Khalil

Pengurus Jualan

Team ainitravel.com terdiri daripada orang-orang yang sangat passionate dalam travelling. Semuanya kaki berjalan, kaki ‘travel’, kaki ‘backpacking’, dan kaki ‘adventure’ sejak zaman baru-baru nak kenal dunia luar lagi.

Lokasi Kami

Raini Travel & Tour Sdn Bhd
3.3, 12D, Jalan Jubli Perak 22/1 40300 Shah Alam
Shah Alam, Selangor, 40300, Malaysia

Hubungi Team Kami