Vietnam : Ho Chi Minh City 3 Hari 2 Malam

Vietnam : Ho Chi Minh City 3 Hari 2 Malam

RAINI Travel ingin mengajak anda merasai keunikan Ho Chi Minh City, bandaraya terbesar di Vietnam. Walaupun sedang pesat membangun dari segi prasarana dan ekomoni, bandaraya ini masih mengekalkan nilai kebudayan  dan tinggalan-tinggalan penuh bersejarah, seolah mahu mengingatkan bahawa Ho Chi Minh City pernah mengalami pelbagai peristiwa bersejarah yang menggegar dunia.

RM 1,090 / Seorang

PAKEJ MERANGKUMI

  • Tiket Penerbangan

    KUL – SGN – KUL

  • Penginapan

    Hotel Penginapan 3 Hari 2 Malam

  • Pengangkutan

    Bas / Van Persiaran, Pemandu, Minyak & Navigasi

  • Makan & Minum

    Lunch & Dinner

  • Travel Insurans

    Insurans Perlindungan Perjalanan

PAKEJ TIDAK MERANGKUMI

  • Tiket Berbayar

    Tiket Masuk Taman Tema, Muzium, etc

  • Perbelanjaan Peribadi

    Perbelanjaan Peribadi

TARIKH ROMBONGAN

Itinerari Ringkas

Hari Pertama

Kuala Lumpur – Ho Chi Minh City

  • Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat
  • Lawatan Bandaraya Ho Chi Minh City
  • Check-in

Bermalam di Ho Chi Minh City

Hari Kedua

Jelajah Delta Sungai Mekong

  • Dragon Island, Coconut Island, Fruit Island
  • Ladang Madu Lebah, Kebun Buah, Kebun Kelapa
  • Kilang Perusahaan Kecilan Makanan & Kraf
  • Tour Menaiki Sampan & Kereta Kuda

Bermalam di Ho Chi Minh City

Hari Ketiga

Lawatan Bandaraya Ho Chi Minh City

  • Pusat-Pusat Beli Belah
  • Pejabat Pos Besar Ho Chi Minh City
  • Muzium Perang

Berangkat Pulang Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat

Kenapa Vietnam? Kenapa ‘Travel’ Bersama Kami?

Destinasi Unik

Ho Chi Minh City adalah antara destinasi tumpuan ‘traveler’ Malaysia terutama bagi mereka yang mencari destinasi murah, halal tetapi tetap eksotik. Dek kerana ramai nya rakyat Malaysia, di Ben Tanh Market terdapat kawasan yang digelar Malaysian Street. Dan yang paling utama, Ho Chi Minh City adalah syurga buat kaki-kaki shopping tudung dan kain. Jom Kita ke Ho Chi Minh!

Murah & Berbaloi

 Kami sentiasa ‘bersilat’ dalam mendapatkan ‘combo’ terbaik untuk pakej-pakej kami, berbaloi dengan nilai pengalaman yang diperolehi sepanjang berjalan dengan kami.

Penjagaan Waktu Solat

Kami sentiasa menitik-beratkan penyusunan jadual perjalanan yang memberi ruang selesa kepada waktu solat. Insya-Allah pelbagai rukhsah solat yang boleh kita pelajari dan praktik sepanjang bermusafir dengan kami.

Makanan Halal

Di segenap mana pun pelosok dunia yang kami pergi, perkara utama yang menyebabkan kami kaji sambil ‘bersilat’ ialah restoran halal. Jika makanan tidak disediakan dalam pakej kami pun, kami tetap akan ‘turun-padang’ membimbing ke restoran-restoran halal yang murah dan sedap.

Informasi Perjalanan Lengkap

Team RAINI Travel sangat arif dan mahir dalam selok-belok destinasi-destinasi yang dibawa. Jika ingin tahu serba-sedikit tentang navigasi, sejarah, latar belakang, budaya dan gaya hidup masyarakat sesuatu destinasi pelancongan, insya-Allah kami boleh sampaikan dengan komprehensif dan santai.

Memang Suka Berjalan

Yang paling penting, Team RAINI Travel sendiri memang semuanya kaki berjalan, kaki ‘travel’, kaki ‘backpacking’, dan kaki ‘adventure’ sejak zaman baru-baru nak kenal dunia luar lagi. Tambahan pula kami memang suka bercerita. Pelbagai kisah pahit manis pengalaman ‘travel’ kami yang suka kami kongsi sepanjang berjalan dengan kami nanti.

Galeri Trip Vietnam Kami Yang Lepas

Tempah Sekarang!

Pakej Vietnam : Ho Chi Minh City

  • Pemilihan Tarikh & Kuantiti

    Sila isi borang di bawah untuk meneruskan dengan tempahan.
  • $0.00
  • Borang Butiran Peribadi

    Sila isi butiran di bawah untuk meneruskan dengan tempahan