Singapura : Pakej 1 Hari Dari Kuala Lumpur

RAINI Travel ingin mengajak anda ‘lari’ sebentar dari Kuala Lumpur dan nikmati ‘trip’ pelancongan singkat dan ‘bajet’ ke negara jiran, Singapura. ‘Trip’ satu hari ini padat dengan destinasi-destinasi ikonik negara Singa, sesuai bagi mereka yang terkekang masa cuti tetapi masih mahu berjalan sebentar di samping mengumpul cop paspot.

RM 135 / Seorang

PAKEJ MERANGKUMI

  • Pengangkutan

    Bas / Van Persiaran, Pemandu, Minyak & Navigasi KL – Singapura – KL

  • Makan & Minum

    Sarapan Sahaja

  • Pemandu Pelancong

    Sekretariat RAINI Travel sepanjang ‘trip’

PAKEJ TIDAK MERANGKUMI

  • Tiket Berbayar

    Tiket Masuk Taman Tema, Muzium, etc

  • Perbelanjaan Peribadi

    Perbelanjaan Peribadi

  • Makan & Minum

    Makan Tengahari & Makan Malam

  • Travel Insurans

    Insurans Perlindungan Perjalanan

TARIKH ROMBONGAN

Itinerari Ringkas

Hari Pertama

Kuala Lumpur – Johor Bahru

  • 10:00 PM – Bertolak dari KL Sentral

Bermalam di dalam perjalanan.

Hari Kedua

R&R Gelang Patah

  • Berhenti rehat, bersiap, solat Subuh dan sarapan pagi.

Lawatan Bandaraya Singapura

  • Merlion Park
  • Riverside
  • Masjid Sultan
  • Bugis Street
  • Gardens By The Bay
  • Pulau Sentosa

Pulang ke Kuala Lumpur

Kenapa Singapura? Kenapa ‘Travel’ Bersama Kami?

Tanpa Susah Payah

Bandar Singapura memang cantik dan penuh dengan tarikan; Merlion Park, Masjid Sultan, Pulau Sentosa, Gardens by the Bay. Cara paling mudah untuk bergerak ke destinasi-destinasi tersebut adalah dengan memandu sendiri. Namun, RAINI Travel memudahkan lagi perjalanan anda dari KUALA LUMPUR. Tak perlu pandu kereta sendiri, tak perlu berkira-kira kos ‘Vehichle Entry Permit’ (VEP), tak perlu pening kepala dengan ‘Electronic Road Pricing’ (ERP) dan tak perlu susah payah mencari parking di sana nanti.

Murah & Berbaloi

 Kami sentiasa ‘bersilat’ dalam mendapatkan ‘combo’ terbaik untuk pakej-pakej kami, berbaloi dengan nilai pengalaman yang diperolehi sepanjang berjalan dengan kami.

Penjagaan Waktu Solat

Kami sentiasa menitik-beratkan penyusunan jadual perjalanan yang memberi ruang selesa kepada waktu solat. Insya-Allah pelbagai rukhsah solat yang boleh kita pelajari dan praktik sepanjang bermusafir dengan kami.

Makanan Halal

Di segenap mana pun pelosok dunia yang kami pergi, perkara utama yang menyebabkan kami kaji sambil ‘bersilat’ ialah restoran halal. Jika makanan tidak disediakan dalam pakej kami pun, kami tetap akan ‘turun-padang’ membimbing ke restoran-restoran halal yang murah dan sedap.

Informasi Perjalanan Lengkap

Team Raini Travel sangat arif dan mahir dalam selok-belok destinasi-destinasi yang dibawa. Jika ingin tahu serba-sedikit tentang navigasi, sejarah, latar belakang, budaya dan gaya hidup masyarakat sesuatu destinasi pelancongan, insya-Allah kami boleh sampaikan dengan komprehensif dan santai.

Memang Suka Berjalan

Yang paling penting, Team Raini Travel sendiri memang semuanya kaki berjalan, kaki ‘travel’, kaki ‘backpacking’, dan kaki ‘adventure’ sejak zaman baru-baru nak kenal dunia luar lagi. Tambahan pula kami memang suka bercerita. Pelbagai kisah pahit manis pengalaman ‘travel’ kami yang suka kami kongsi sepanjang berjalan dengan kami nanti.

Galeri Trip Singapura Kami Yang Lepas

Tempah Sekarang!

Pakej New Zealand

  • 1. Pilih Tarikh & Penumpang

    Sila pilih tarikh & jumlah penumpang
  • $0.00
  • 2. Sila Isi Borang Ini

    Sila sediakan maklumat anda pada borang ini, demi memudahkan urusan kami.