Queenstown; Bandar Pelancongan Premier New Zealand

Apabila menginap di Queenstown, pasti takkan terlepas menikmati Lake Wakatipu. .
Lake Wakatipu adalah tasik ketiga terbesar di New Zealand. Tasik ini dikelilingi lanskap Alpine yang memukau, dan menjadi latar belakang yang ‘majestic’ sepanjang bersantai di Queenstown.

Gambar ini diambil di Skyline Queenstown, sebuah menara tinjau paling popular untuk melihat panorama Lake Wakatipu. 😌🍃🍂

PAKEJ NEW ZEALAND, SOUTH ISLAND
RM7,990 / seorang termasuk ✈

#RAINItravel #pakejRAINItravel#pakejNewZealand2018#pakejNewZealand#pakejNewZealandmurah #NewZealand

Twizel; Wilayah Konservasi Langit Malam

Jika memandu di sepanjang jalan dari Lake Pukaki ke Lindis Valley, kita pasti akan melalui pekan Twizel.

Kawasan terpencil ini diiktiraf sebagai salah satu kawasan yang mempunyai langit paling bersih, paling kering dan paling gelap di dunia, dan merupakan kawasan terhebat untuk melihat bintang malam.

Dan ketika waktu senja, keseluruhan dataran ini bertukar kemerahan diwarnai matahari terbenam.

Sebab itulah kami bermalam di Twizel 😆✨

PAKEJ NEW ZEALAND, SOUTH ISLAND
RM7,990 / seorang termasuk ✈

#RAINItravel #pakejRAINItravel#pakejNewZealand2018#pakejNewZealandmurah#pakejNewZealand #NewZealand

Jalan Tercantik Dunia

Hollyford Valley, lembah yg agung dihijaui pokok2 Beech n Fern, dahulunya menjadi benteng semulajadi antara ketamadunan manusia dengan wilayah pergunungan glasier di koridor Milford Sound.

State Highway 94 inilah yg membuka laluan untuk manusia mengembara jauh ke dalam koridor yg kini terpelihara sebagai Fiordland National Park.

Seperti jalan2 lain di South Island, jalanraya menelusuri lembah inj juga tak sah kalau tak berhenti bergambar di tepi jalan, sebab pemandangan di sini… Subhanallah!!! 😆

PAKEJ NEW ZEALAND, SOUTH ISLAND
RM7,990 / seorang termasuk ✈

#RAINItravel #pakejRAINItravel#pakejNewZealand2018#pakejNewZealand#pakejNewZealandmurah #NewZealand

Crown Range Road; Jalan Belakang ke Queenstown.

Gambar ni diambil di salah satu perhentian di jalan Crown Range Road, yang menghubungkan Wanaka dan Queenstown. Jalanraya ini adalah jalanraya tertinggi di New Zealand, mencecah ketinggian 1,121 meter dari paras laut.

Crown Range Road dianggap sebagai ‘jalan belakang’ ke Queenstown, dan oleh sebab itu, pemandangan di sepanjang jalan adalah sangat agung. Kalau boleh nak berhenti bergambar di setiap selekoh.

Kalau bernasib baik lagi, dapat lihat pesawat terbang separas dengan kita di salah satu perhentian di Crown Range Road ni, kerana lembah di sebelah banjaran ini adalah laluan pesawat untuk turun mendarat di Queenstown 😀.

PAKEJ NEW ZEALAND, SOUTH ISLAND
RM7,990 / seorang termasuk ✈

#RAINItravel #pakejRAINItravel#pakejNewZealand2018#pakejNewZealand#pakejNewZealandmurah #NewZealand

Kembara New Zealand Berkenderaan

Cara terbaik untuk mengembara di South Island New Zealand, adalah dengan memandu sendiri. Setiap jalan-jalan di South Island adalah pintu masuk ke koridor-koridor tersembunyi yang kaya dengan khazanah alam dan pemandangan yang jauh lebih hebat dari lukisan.

Dan bila sudah selesai urusan sewa kereta nanti, cubalah sebaik mungkin untuk tidak jadi pemandu. Biarkan orang lain yang pandu. Pemandangan sepanjang jalan macam dalam gambar ni lebih baik jadi penumpang je. 😂✨

PAKEJ NEW ZEALAND, SOUTH ISLAND
RM7,990 / seorang termasuk ✈

#RAINItravel #pakejRAINItravel#pakejnewzealand2018#pakejNewZealandmurah

Aoraki National Park; Simbol Agung Negara Kiwi

Aoraki/Mount Cook National Park adalah salah satu tarikan teragung di South Island, New Zealand. Lanskap Alpine yang berbalam-balam dan puncak-puncak yang dilitupi salji sepanjang tahun sangat ‘majestic’ dari kejauhan sepanjang pemanduan ke sana dari Pukaki.

Pemandangan sepanjang jalan luar imaginasi hingga seboleh-bolehnya mahu berhenti di setiap selekoh jalan untuk bergambar. Subhanallah!!!

PAKEJ NEW ZEALAND, SOUTH ISLAND
RM7,990 / seorang termasuk ✈

#RAINItravel #pakejRAINItravel#pakejNewZealand2018#pakejNewZealand#pakejNewZealandmurah #NewZealand